luv ones

Tuesday, September 25, 2007

Asyik makan jerr, nah cuba sendiri


Hallo... dah lama tak post in nih..
Baru-baru ni ada sang piranha2 ada le buwat makan2..tak cukup satu umah jerr..
kali ni 4 umah sekali gus..berturut2. Dari hari rabu samapi la hari sabtu.. yang tak syok nye satu laa..acik piranha kita si anis/jap n geng termiss all da event kannn..

Anyway, kat umah mak andaq, which was da last menggeromon event.. ada la yang nak mintak resepi Spaghetti Carbonara... So, here it is..bagi yang suka menerai...



Spaghetti Carbonara




1 tin Cendawan Butang(Belah 4 dgn btg)


1 btg carrot (Hiris membulat)


1/4 bhg kobis bunga (potong kecil)


1 pack kacang pea(yg panjang tau)


10 biji bawang kecil (bwg besar-2 bj)-potong dadu


15 keping Smoked chicken slices


1 paket spaghetti( boleh gak fettucinni/macaronni)


Olive oil


Serbuk lada hitam


Garam


Parsley utk hiasan


Permesan cheese utk tabur




Bhn Sos Putih/sos keju/bechamel sauce:




1/4 cwn butter


1/4 cwn tepung


2 cwn susu segar


bay leaf (cari kat giant)


thyme(cari kat giant)


garam


lada sulah




Cara buat sos:


Cairkan mentega masukkan tepung, kacau2 jgn sampai berketul, masukkan susu segar yang dah dipanaskan dulu. Kacau2 lagi hingga pekat. Masukkan thyme, bay leaf, lada sulah, garam, kacau lagi. Dah pekat tutup api masukkan parmesan cheese. Biarkan dulu.




Cara buat keseluruhannya:


Smoked chicken slices, digoreng dgn minyak sedikit,tp jgn sampai garing sangat. Angkat dan potong memanjang selebar 1 - 2 cm. Masak spaghetti cam biasa, toskan. Panaskan olive oil, tumis bawang dadu hingga wangi,masukkan mushroom, carrot, kacang pea, kobis bunga. Masukan air sikit, kacau2,pastu masukkan chicken slices tadi, garam, lada hitam dan last sekali sos keju tu. Dah sekata masak, tutup api, masukkan spaghetti, ratakan. Tabur parsley dan keju ..dah bleh hidang......dan makan. Nyum..nyum..




Notes: chicken slices tu bleh ganti ngan seafood sotong ke, udang ke, kupang ke..





Friday, August 31, 2007

mak andaq nye convocation

time convo ni ujan la plak..
amacam dah tua baru nak dapat degree...
dah ada 3 anak..moga gen 2 piranha yg lain grad la at right age..hua..wawa

nasib pak andaq je yg buncit..kalau tak berlawan le tayang perut

Wednesday, August 22, 2007

Ubat Generik & Bio-equivelance

Assalamualaikum WBT....

OK Children and Pa & Ma of the children...kita sambung semula kuliah perubatan....

Ubat Generik

Apa itu "Ubat Generik"?
Ubat generik adalah ubat alternatif yang mirip kepada ubat berjenama asal (inovasi). Ianya serupa dengan ubat berjenama asal dari segi dos, kekuatan, keselamatan, cara pengambilan dan penggunaannya
Apakah Kebaikan Menggunakan Ubat Generik?
Kos. Ubat generik dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan ubat berjenama yang mengandungi kandungan yang sama.

Kenapa ubat generik lebih murah?
Pembuat ubat generik tidak perlu menampung kos yang tinggi untuk penyelidikan yang mendalam kerana pembuat ubat asal berjenama itu telah pun berbuat demikian. Oleh itu, harga ubat generik adalah lebih murah. Ubat berjenama biasanya dilindungi paten (patent protection) untuk jangkamasa 20 tahun. Dalam tempoh ini, hanya pembuat asal diberikan hak untuk menjual ubat itu. Selepas tamatnya perlindungan paten itu, pembuat ubat yang lain boleh memohon untuk menjual versi generik ubat yang sama. Pembuat ubat generik dapat menjual ubat yang sama pada harga yang jauh lebih rendah kerana mereka tidak perlu menampung kos penyelidikan ubat itu. Selain daripada itu, selepas pembuatan ubat generik dibenarkan, terdapat saingan yang lebih daripada pelbagai pembuat ubat generik yang sama. Ini memastikan bahawa harga ubat itu tetap rendah. Lebih daripada 50% daripada ubat-ubat yang digunakan di hospital-hospital kerajaan adalah ubat generik.

Adakah ubat generik selamat diambil?
Ya. Semua ubat generik mengandungi ramuan aktif yang sama dengan ubat yang berjenama. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang sama dalam badan kita serta memiliki risiko serta faedah yang sama. Semua ubat perlu didaftarkan dengan Lembaga Kawalan Ubat (sebahagian daripada Badan Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) sebelum ia boleh dipasarkan, dimana ubatubat ini mesti mematuhi piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Agensi ini bertanggungjawab memastikan kawalan kualiti ubat-ubat dalam pasaran melalui ujian-ujian yang dijalankan secara rambang.

Kesetaraan-Bio

Apa itu 'Kesetaraan-Bio'?
Penyelidikan keatas ubat berjenama biasanya melibatkan beberapa ratusan atau ribuan pesakit. Keberkesanan dan keselamatan ubat ini telah pun dipastikan melalui penyelidikan ini dan penggunaannya sepanjang tempoh perlindungan paten. Adalah tidak praktikal dan juga tidak perlu untuk penyelidikan seperti ini dijalankan untuk setiap ubat generik yang hendak dipasarkan. Oleh itu, pembuat ubat generik harus membuktikan secara saintifik bahawa ubat mereka bertindak dengan cara yang sama seperti ubat berjenama yang asal. Sesuatu ubat generik itu dikatakan mempunyai ‘bio-equivalence’ (BE) atau kesetaraan-bio dengan ubat berjenama sekiranya ia mempunyai kadar penyerapan yang sama di dalam badan dengan ubat berjenama. Sekiranya ubat generik itu mempunyai BE yang sama dengan ubat asal, ia juga dianggap mempunyai kesan, potensi dan kesan sampingan yang sama.

Adakah ubat generik dibuat dengan kemudahan tidak semoden atau sebersih pembuat ubat berjenama?
Tidak. Kedua-dua pengilang perlu menyediakan kemudahan membuat ubat yang mematuhi
piawaian GMP (Good Manufacturing Practices)

Kenapakah ubat generik tidak menyerupai ubat berjenama yang asal walaupun mereka mempunyai ramuan aktif yang sama?
Undang-undang tanda jenama (trademark) tidak membenarkan ubat generik menyerupai ubat berjenama. Selain daripada itu, warna, rasa dan bahan-bahan lengai pun mungkin berbeza.

Adakah setiap ubat berjenama mempunyai ubat generiknya?
Tidak. Ubat-ubat yang baru tidak akan mempunyai versi generiknya kerana ia masih didalam perlindungan patennya. Anda boleh tanya doktor anda sekiranya ubat yang anda perlukan itu terdapat dalam bentuk generik. Ini boleh menjimatkan duit anda.

Contoh Pengilang Ubat Generik : Pharmaniaga Manufacturing Bhd.

Panadol (GSK) - Pharmaniaga Paracetamol Tablet
Augmentin (GSK) - Pharmaniaga Amoxycillin Tablet
Sporanox (Janssen-Cilag) - Pharmaniaga Itraconazole Capsule
Betaloc (Astra-Zeneca) - Pharmaniaga Metoprolol Tablet
Dan banyak lagi.....

bersambung....

Sumber : Pharmaniaga, Mesti Ambil Tahu.

Thursday, August 9, 2007

Tazkirah Malam Jumaat

Ini dari Pok Da...............

Dari Tafsir Haqqi:

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Wednesday, August 8, 2007

Korea (Choson -- Negeri Setenang Pagi Hari)

Mak Order tengah boring ni.....Since Acik Anis nak pergi Korea ni... so Mak Order usahakan lah cari sikit info pasal negara ni.. Nanti Acik anis balik boleh masukkan gambar dan story mory yg lain utk tatapan umum.. (Camna nak masukkan gambar Mak Andak oi?)Sekarang ni tengah musim summer weather dalam 26-30 C so macam Malaysialah juga...
So .. kalau rajin bacalah ye..

Korea Selatan

Nama Asli : "Taehan Min'Guk"
Luas Wilayah : 98.400 km²
Jumlah Penduduk : 48.289.037
Ibukota : Seoul
Agama: Buddha, Chongogyoisme, Kristen
Bahasa Nasional: Korea
Mata Wang : Won
Lagu Kebangsaan : Aegukga


Penduduk
Penduduk Korea adalah suatu masyarakat yang berasal dari satu etnik yang sama. Menurut penelitian, penduduk Korea berasal dari etnik Tungusik yang merupakan keturunan dari orang Mongol yang bermigrasi ke Peninsula Korea dari Asia Tengah pada zaman dahulu.

Statistik Penduduk
Jumlah penduduk Korea Selatan adalah sekitar 48.289.037 orang (menurut statistik 2002) Di Korea Selatan setiap keluarga dihadkan untuk memiliki satu anak. (Keluarga Piranha susahlah nak duduk kat sini....) Jumlah anak yang berlebihan di Korea Selatan akan dikenakan cukai yang sangat tinggi.

Mata Pencarian Penduduk

Mata Pencarian “Primer” sepeti agrikultur, perkebunan, dan perikanan merupakan mata pencarian utama pada tahun 1960-an tetapi waktu ke waktu terus berkurang sehingga pada saat ini merupakan mata pencarian yang paling tidak popular.

Mata Pencarian “Sekunder” sepeti perkilangan pada awalnya kurang digemari penduduk tetapi pada tahun 1990 sektor ini meningkat. Akan tetapi, pada tahun-tahun berikutnya jumlah pekerja di sector ini menurun sedikit demi sedikit.

Mata Pencarian “Tertiary” seperti perkhidmatan pada awalnya cukup banyak pekerjanya. Sampai saat ini, sektor ini lah yang paling banyak dipenuhi oleh pekerja-pekerja Korea .

Hasil-Hasil Produksi Korea

Dari bidang agrikultur :Beras, Gandum, Kacang Kedelai , Kentang

Dari bidang peternakan: Lembu (untuk daging dan susu. Ayam ,Babi

Hasil Perlombongann, antara lain batubara, bijih besi, timah, zink, tungsten, emas, grafit, fosfat, perak, dan tembaga.

Hasil Industri Utama, antara lain besi dan baja, pengolahan makanan, tekstil, perikanan, mesin , traktor dan sarana pertanian lain, semen, mineral, kimia, mesin diesel, sepatu, kertas, gelas, dan kayu lapis.

Eksport Utama, antara lain baja, produk pertanian, mineral, kimia, pakaian, kayu lapis, barang elektronik, dan tekstil. Import Utama, antara lain bahan bakar.

Budaya Makanan (sgt penting utk Kita ni.....)

Dalam budaya Korea , ada satu makanan khas yang memiliki suatu arti yang tidak dimiliki oleh makanan lainnya. Makanan ini disebut kimchi. Di setiap sessi makanan, ketiadaan kimchi akan memberikan kesan tidak lengkap.

Kimchi adalah suatu makanan yang biasanya merupakan sayuran yang rendah kalori dengan kadar serat yang tinggi (misalnya bawang, kacang panjang, selada, dan lain-lain) yang dimasak sedemikian rupa dengan bumbu dan rempah-rempah sehingga menghasilkan rasa yang unik dan biasanya pedas. Dalam kenyataannya (menurut hasil penelitian kesehatan WHO), jenis-jenis kimchi memiliki total gizi yang jauh lebih tinggi dari buah manapun.

Hal yang membuat kimchi menjadi makanan yang istimewa ada banyak faktornya. Faktor pertama adalah pembuatannya. Kimchi (dalam hal ini adalah kimchi yang dihidangkan untuk acara-acara spesial, bukan kimchi untuk acara makan biasa dan sehari-hari) dibuat oleh wanita dari keluarga bersangkutan yang mengadakan acara tersebut dan hanya boleh dibuat pada hari di mana acara tersebut dilaksanakan. Semakin banyak wanita yang turut membantu dalam pembuatan kimchi ini, semakin “bermakna” pula kimchi tersebut. Kimchi juga merupakan faktor penentu kepintaran atau kehebatan seorang wanita dalam memasak. Konon katanya, jika seorang wanita mampu membuat kimchi yang enak, tidak diragukan lagi kemampuan wanita tersebut dalam memasak makanan lain. Faktor ketiga adalah asal mula kimchi. Kimchi pada awalnya dibuat oleh permaisuri dari Raja Sejong sebagai hidangan untuk perayaan Sesi

Kebiasaan / Tradisi

Ada sebuah tradisi / kebiasaan yang cukup terkenal di Korea. Tradisi ini dinamakan “sesi custom”. Tradisi sesi dilaksanakan sekali setiap tahun. Sesi adalah sebuah tradisi untuk mengrealisasikan sebuah lingkaran kehidupan tahunan sehingga seseorang dapat lebih maju di lingkaran kehidupan tahun berikutnya.

Tradisi sesi dilaksanakan berdasarkan kalender bulan (Lunar Calender). Matahari, menurut adat Korea , tidak menunjukkan suatu karakteristik musiman. Akan tetapi, Bulan menunjukkan suatu perbedaan melalui perubahan fasa bulan. Oleh kerana itu, lebih mudah membedakan adanya perubahan musim atau waktu melalui fasa bulan yang dilihat.

Dalam tradisi sesi, ada lima dewa yang disembah, iaitu irwolseongsin (dewa matahari bulan dan bintang), sancheonsin (dewa gunung dan sungai), yongwangsin (raja naga), seonangsin (dewa kekuasaan), dan gasin (dewa rumah). Kelima dewa ini disembah kerana dianggap dapat mengubah nasib dan keberuntungan seseorang.

Pada hari di mana sesi dilaksanakan, akan diadakan sebuah acara makan malam antar sesama keluarga yang pertalian darahnya dekat (orang tua dengan anaknya). Acara makan wajib diawali dengan kimchi dan lalu dilanjutkan dengan "complete food session".

Ada juga mitos lain dalam memperoleh keberuntungan menurut tradisi Korea, antara lain “nut cracking” yaitu memecahkan kulit kacang-kacangan yang keras pada malam purnama pertama tahun baru, “treading on the bridge” iaitu berjalan dengan sangat santai melewati jembatan di bawah bulan purnama pada malam purnama pertama tahun baru yang katanya dapat membuat kaki kita kuat sepanjang tahun, dan “hanging a lucky rice scoop” yaitu menggantungkan skop (sendok) pengambil nasi di sebuah jendela yang katanya akan memberi beras yang melimpah sepanjang tahun.

Kesenian
Kesenian tradisional di Korea, dalam hal ini muzik dan tarian, diperuntukkan khusus sebagai suatu bagian dalam penyembahan “ lima dewa”.

Ada beberapa alat musik tradisional yang digunakan, misalnya hyeonhakgeum (sejenis alat musik berwarna hitam yang bentuknya seperti pipa dengan tujuh buah senar) dan gayageum (alat musik mirip hyeonhakgum tetapi bentuk, struktur, corak, dan cara memainkannya berbeda dan memiliki dua belas buah senar).

Tarian tradisional yang cukup terkenal di Korea antara lain cheoyongmu (tarian topeng), hakchum (tarian perang), dan chunaengjeon (tarian musim semi). Tarian chunaengjeon ditarikan sebagai tanda terima kasih kepada dewa irwolseongsin dan dewa sancheonsin atas panen yang berhasil.

Bahasa

Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea . Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hangeul diciptakan oleh Raja Sejong pada abad ke 15. Hangeul terdiri dari 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang bisa dikombinasikan menjadi banyak sekali huruf-huruf dalam bahasa Korea . Hangeul sangat mudah dibaca dan dipelajari. Hangeul juga dianggap sebagai bahasa tulisan yang paling sistematik dan scientific di dunia.

Monday, August 6, 2007

tazkirah la sikit..walaupun lewat

FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

two moons... nak percaya ke tak?

Two moons on 27 August 2007

27th Aug the Whole World is waiting for........

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.

It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars
comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on
Aug. 27 12:30 am. ( 26/08/2007 Midnight)

It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287.
Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.