OK Children and Pa & Ma of the children...kita sambung semula kuliah perubatan....
Ubat Generik
Apa itu "Ubat Generik"?
Ubat generik adalah ubat alternatif yang mirip kepada ubat berjenama asal (inovasi). Ianya serupa dengan ubat berjenama asal dari segi dos, kekuatan, keselamatan, cara pengambilan dan penggunaannya
Apakah Kebaikan Menggunakan Ubat Generik?
Kos. Ubat generik dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan ubat berjenama yang mengandungi kandungan yang sama.
Kenapa ubat generik lebih murah?
Pembuat ubat generik tidak perlu menampung kos yang tinggi untuk penyelidikan yang mendalam kerana pembuat ubat asal berjenama itu telah pun berbuat demikian. Oleh itu, harga ubat generik adalah lebih murah. Ubat berjenama biasanya dilindungi paten (patent protection) untuk jangkamasa 20 tahun. Dalam tempoh ini, hanya pembuat asal diberikan hak untuk menjual ubat itu. Selepas tamatnya perlindungan paten itu, pembuat ubat yang lain boleh memohon untuk menjual versi generik ubat yang sama. Pembuat ubat generik dapat menjual ubat yang sama pada harga yang jauh lebih rendah kerana mereka tidak perlu menampung kos penyelidikan ubat itu. Selain daripada itu, selepas pembuatan ubat generik dibenarkan, terdapat saingan yang lebih daripada pelbagai pembuat ubat generik yang sama. Ini memastikan bahawa harga ubat itu tetap rendah. Lebih daripada 50% daripada ubat-ubat yang digunakan di hospital-hospital kerajaan adalah ubat generik.
Adakah ubat generik selamat diambil?
Ya. Semua ubat generik mengandungi ramuan aktif yang sama dengan ubat yang berjenama. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang sama dalam badan kita serta memiliki risiko serta faedah yang sama. Semua ubat perlu didaftarkan dengan Lembaga Kawalan Ubat (sebahagian daripada Badan Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) sebelum ia boleh dipasarkan, dimana ubatubat ini mesti mematuhi piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Agensi ini bertanggungjawab memastikan kawalan kualiti ubat-ubat dalam pasaran melalui ujian-ujian yang dijalankan secara rambang.
Kesetaraan-Bio
Apa itu 'Kesetaraan-Bio'?
Penyelidikan keatas ubat berjenama biasanya melibatkan beberapa ratusan atau ribuan pesakit. Keberkesanan dan keselamatan ubat ini telah pun dipastikan melalui penyelidikan ini dan penggunaannya sepanjang tempoh perlindungan paten. Adalah tidak praktikal dan juga tidak perlu untuk penyelidikan seperti ini dijalankan untuk setiap ubat generik yang hendak dipasarkan. Oleh itu, pembuat ubat generik harus membuktikan secara saintifik bahawa ubat mereka bertindak dengan cara yang sama seperti ubat berjenama yang asal. Sesuatu ubat generik itu dikatakan mempunyai ‘bio-equivalence’ (BE) atau kesetaraan-bio dengan ubat berjenama sekiranya ia mempunyai kadar penyerapan yang sama di dalam badan dengan ubat berjenama. Sekiranya ubat generik itu mempunyai BE yang sama dengan ubat asal, ia juga dianggap mempunyai kesan, potensi dan kesan sampingan yang sama.

Adakah ubat generik dibuat dengan kemudahan tidak semoden atau sebersih pembuat ubat berjenama?
Tidak. Kedua-dua pengilang perlu menyediakan kemudahan membuat ubat yang mematuhi
piawaian GMP (Good Manufacturing Practices)
piawaian GMP (Good Manufacturing Practices)
Kenapakah ubat generik tidak menyerupai ubat berjenama yang asal walaupun mereka mempunyai ramuan aktif yang sama?
Undang-undang tanda jenama (trademark) tidak membenarkan ubat generik menyerupai ubat berjenama. Selain daripada itu, warna, rasa dan bahan-bahan lengai pun mungkin berbeza.
Adakah setiap ubat berjenama mempunyai ubat generiknya?
Tidak. Ubat-ubat yang baru tidak akan mempunyai versi generiknya kerana ia masih didalam perlindungan patennya. Anda boleh tanya doktor anda sekiranya ubat yang anda perlukan itu terdapat dalam bentuk generik. Ini boleh menjimatkan duit anda.
Contoh Pengilang Ubat Generik : Pharmaniaga Manufacturing Bhd.
Panadol (GSK) - Pharmaniaga Paracetamol Tablet
Augmentin (GSK) - Pharmaniaga Amoxycillin Tablet
Sporanox (Janssen-Cilag) - Pharmaniaga Itraconazole Capsule
Betaloc (Astra-Zeneca) - Pharmaniaga Metoprolol Tablet
Dan banyak lagi.....
bersambung....
Sumber : Pharmaniaga, Mesti Ambil Tahu.
1 comment:
Walaupun pengeluar ubat generik boleh menurunkan harga ke paras yang lebih rendah kerana tidak menanggung kos r&d, namun untuk keuntungan, mereka menjual ubat mereka 3/4 daripada ubat patent.
Post a Comment