luv ones

Wednesday, July 25, 2007

Jom Makan Ubat...(bila sakit je...)

Assalamu'alaikum WBT.....to all piranhas. Untuk memeriahkan blog...hmm pak ucu ada ni, artikel dari Pharmaniaga : Mesti Ambil Tahu...to be shared....saje je la pun....nak kasi penuh blog ni....

Sebaik sahaja mendapat bekalan ubat, anda harus membaca maklumat yang tertulis pada labelnya. Ia seharusnya mengandungi:Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
  • Nama anda
  • Nama ubat dan dosnya (biasanya dalam miligram atau mililiter)
    Arahan bagaimana hendak mengambil ubat. (untuk ditelan, dikunyah, disuntik atau diletakkan dibawah lidah sebelum atau selepas makan)
  • Amaran penting. (Contohnya: elakkan memandu, mengendali jentera, perlu dihabiskan, goncang sebelum guna)
  • Cara penyimpanan ubat. (sama ada perlu disimpan di tempat gelap atau tempat sejuk dan sebagainya. Contohnya: ubat insulin perlu disimpan dalam peti sejuk, ubat GTN (Glycerin Trinitrate) perlu disimpan dalam bekas gelap, dsb. )
Bagaimana cara yang betul mengambil ubat?
Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:

Ambil ubat pil anda dengan air kosong sahaja.
Penyerapan sesetengah ubat ke dalam badan kita dipengaruhi oleh minuman tertentu Contohnya: penyerapan ubat yang mengandungi zat besi (multivitamin, ubat tambah darah, dll) akan terganggu apabila diambil bersama kopi atau teh.

Ambil ubat anda pada masa yang sama setiap hari atau dengan selang masa yang sama.
Sekiranya anda diarahkan mengambil ubat sekali sehari, ianya bermaksud setiap 24 jam (dan pada masa yang sama setiap hari). Dua kali sehari bermaksud setiap 12 jam, tiga kali sehari bermaksud setiap 8 jam dan empat kali sehari bermaksud setiap 6 jam. Cara pengambilan sebegini adalah penting terutamanya bagi ubat-ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan pil hormon. Ubat-ubat yang kita ambil akan diserap ke dalam badan kita secara perlahan-lahan. Pengambilan ubat dengan betul akan memastikan badan mendapat bekalan ubat yang berterusan dan konsisten seperti mana yang ia perlukan.

Habiskan ubat anda untuk tempoh yang ditetapkan.
Ini terutamanya untuk pengambilan ubat antibiotik. Antibiotik biasanya diberikan untuk tempoh 5 hingga 14 hari bergantung kepada jenis penyakit. Adakalanya tempoh yang lebih lama diperlukan (sekurangkurangnya 6 minggu untuk jangkitan kuman pada tulang; 6 hingga 18 bulan untuk penyakit tuberculosis (batuk kering). Mengambil antibiotik untuk tempoh yang ditetapkan akan memastikan bahawa semua kuman dapat dimusnahkan atau disingkirkan. Memberhentikan pengambilan ubat-ubat ini sebelum tempohnya akan menambahkan risiko kuman-kuman ini menjadi lebih kuat dan akan menjejaskan kesihatan anda. Sila bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah untuk mematuhi tempoh penggunaan ubat yang ditetapkan.

Patuhi dos yang ditetapkan.
Dua kali ganda tidak semestinya bermaksud dua kali lebih baik. Sebenarnya, menambah dos ubat akan menambahkan kesan sampingannya. Ada juga ubat yang boleh membawa maut sekiranya dosnya ditambah terlalu banyak. Biasanya ubat-ubat ini mempunyai nisbah keberkesanan yang kecil.

Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya lupa mengambil ubat?
Senang sahaja. Ambilnya sebaik sahaja anda ingat. Walau bagaimanapun, sekiranya masa itu dekat dengan masa untuk dos yang berikutnya, ambil dos yang berikutnya sahaja dan bukan kedua-dua dos sekali. Tanya doktor atau pegawai farmasi anda sekiranya anda tidak pasti.

Kenapa sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan dan sesetengah ubat itu selepas makan?
"Makan ubat ini selepas makan atau dengan makanan." Ini mempunyai maksud yang sama. Sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan manakala sesetengah ubat yang lain perlu diambil selepas makan. Ada ubat yang penyerapan dan keberkesanannya akan terganggu dengan kehadiran makanan dalam perut dan ada juga yang sebaliknya. Ubat yang mempunyai arahan untuk diambil sebelum makan haruslah diambil sekurangkurangnya setengah jam sebelum makan, bukan sejurus sebelum makan. Ubat yang perlu diambil dengan makanan, haruslah diambil sebaik sahaja anda mula makan.

Ada ubat yang perlu dikunyah, ada yang perlu ditelan dan ada pula yang perlu diletakkan dibawah lidah. Kenapa begitu?
Ini berkaitan dengan salut (coating material) ubat berkenaan dan cara penyerapannya dalam badan kita. Sesetengah ubat mempunyai bahan aktif yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Ubat ini disalut khas dan tidak boleh dikunyah. Baca arahan pada label ubat anda dengan teliti untuk mengetahui bagaimana untuk mengambilnya.

Adakah semua maklumat ini juga berkaitan dengan ubat suntikan, ubat sapu dan ubat semburan hidung?
Ya. Semua ubat mempunyai lembaran/risalah maklumat terperinci (package inserts) yang diletakkan di dalam bungkusan /kotak ubat tersebut. Baca maklumat ini dan tanya pegawai farmasi anda sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut.

bersambung.....

sumber : Mesti Ambil Tahu, Pharmaniaga Berhad.

3 comments:

SKA said...

Thanks Ocu

piranha's plate said...

wow... macam gi jumpa doktor plak. tapi very useful.. baru mak andaq tau klau terlupa makan kira amik jugak la eh.. bukan skip je ke..he 5x

piranha's plate said...

pengumuman dari pengakses blog Ocu nape tak leh komen blog pokcu tuh.. ada certain-certain member je ke yg leh komen?