luv ones

Monday, May 12, 2008

PD.... tak teringat ke?

Assalamu'alaikum sumer... Lama rasa nye tak post aper2 kan? Ntah korang gi ke tak blog nihhh. Hari berganti hari biler la gamaknyer nak gathering lagik nih.. Walau camner pun kena la tgu mak andaq abih pantang ehh....?? Buat family acik anis, bersabar lah menempuh cabaran dan rintangan.. Kalau ada aper2 problemo, jangan la diam jer...kitaorang akan membantu..bukan memBATU...ahaks

Monday, December 10, 2007




dah lama x post gambar dah x reti nak adjust. Ni recently, time wedding adik harun kita org buat sekali kenduri amirul berkhatam dan hafiz after that berkhatan.. alfi n amirul will berkhatan maybe next year.... standby...



Salam suma..lama x upgrade blog .. byk la aktvt yg lum sempat di blog kan..one of those ni gmbq alfi masa grad dia..
sebelum tu dia kena perform dulu..jadi mat bangla menari lagu banghra dance..

Tuesday, September 25, 2007

Asyik makan jerr, nah cuba sendiri


Hallo... dah lama tak post in nih..
Baru-baru ni ada sang piranha2 ada le buwat makan2..tak cukup satu umah jerr..
kali ni 4 umah sekali gus..berturut2. Dari hari rabu samapi la hari sabtu.. yang tak syok nye satu laa..acik piranha kita si anis/jap n geng termiss all da event kannn..

Anyway, kat umah mak andaq, which was da last menggeromon event.. ada la yang nak mintak resepi Spaghetti Carbonara... So, here it is..bagi yang suka menerai...



Spaghetti Carbonara




1 tin Cendawan Butang(Belah 4 dgn btg)


1 btg carrot (Hiris membulat)


1/4 bhg kobis bunga (potong kecil)


1 pack kacang pea(yg panjang tau)


10 biji bawang kecil (bwg besar-2 bj)-potong dadu


15 keping Smoked chicken slices


1 paket spaghetti( boleh gak fettucinni/macaronni)


Olive oil


Serbuk lada hitam


Garam


Parsley utk hiasan


Permesan cheese utk tabur




Bhn Sos Putih/sos keju/bechamel sauce:




1/4 cwn butter


1/4 cwn tepung


2 cwn susu segar


bay leaf (cari kat giant)


thyme(cari kat giant)


garam


lada sulah




Cara buat sos:


Cairkan mentega masukkan tepung, kacau2 jgn sampai berketul, masukkan susu segar yang dah dipanaskan dulu. Kacau2 lagi hingga pekat. Masukkan thyme, bay leaf, lada sulah, garam, kacau lagi. Dah pekat tutup api masukkan parmesan cheese. Biarkan dulu.




Cara buat keseluruhannya:


Smoked chicken slices, digoreng dgn minyak sedikit,tp jgn sampai garing sangat. Angkat dan potong memanjang selebar 1 - 2 cm. Masak spaghetti cam biasa, toskan. Panaskan olive oil, tumis bawang dadu hingga wangi,masukkan mushroom, carrot, kacang pea, kobis bunga. Masukan air sikit, kacau2,pastu masukkan chicken slices tadi, garam, lada hitam dan last sekali sos keju tu. Dah sekata masak, tutup api, masukkan spaghetti, ratakan. Tabur parsley dan keju ..dah bleh hidang......dan makan. Nyum..nyum..




Notes: chicken slices tu bleh ganti ngan seafood sotong ke, udang ke, kupang ke..





Friday, August 31, 2007

mak andaq nye convocation

time convo ni ujan la plak..
amacam dah tua baru nak dapat degree...
dah ada 3 anak..moga gen 2 piranha yg lain grad la at right age..hua..wawa

nasib pak andaq je yg buncit..kalau tak berlawan le tayang perut

Wednesday, August 22, 2007

Ubat Generik & Bio-equivelance

Assalamualaikum WBT....

OK Children and Pa & Ma of the children...kita sambung semula kuliah perubatan....

Ubat Generik

Apa itu "Ubat Generik"?
Ubat generik adalah ubat alternatif yang mirip kepada ubat berjenama asal (inovasi). Ianya serupa dengan ubat berjenama asal dari segi dos, kekuatan, keselamatan, cara pengambilan dan penggunaannya
Apakah Kebaikan Menggunakan Ubat Generik?
Kos. Ubat generik dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan ubat berjenama yang mengandungi kandungan yang sama.

Kenapa ubat generik lebih murah?
Pembuat ubat generik tidak perlu menampung kos yang tinggi untuk penyelidikan yang mendalam kerana pembuat ubat asal berjenama itu telah pun berbuat demikian. Oleh itu, harga ubat generik adalah lebih murah. Ubat berjenama biasanya dilindungi paten (patent protection) untuk jangkamasa 20 tahun. Dalam tempoh ini, hanya pembuat asal diberikan hak untuk menjual ubat itu. Selepas tamatnya perlindungan paten itu, pembuat ubat yang lain boleh memohon untuk menjual versi generik ubat yang sama. Pembuat ubat generik dapat menjual ubat yang sama pada harga yang jauh lebih rendah kerana mereka tidak perlu menampung kos penyelidikan ubat itu. Selain daripada itu, selepas pembuatan ubat generik dibenarkan, terdapat saingan yang lebih daripada pelbagai pembuat ubat generik yang sama. Ini memastikan bahawa harga ubat itu tetap rendah. Lebih daripada 50% daripada ubat-ubat yang digunakan di hospital-hospital kerajaan adalah ubat generik.

Adakah ubat generik selamat diambil?
Ya. Semua ubat generik mengandungi ramuan aktif yang sama dengan ubat yang berjenama. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang sama dalam badan kita serta memiliki risiko serta faedah yang sama. Semua ubat perlu didaftarkan dengan Lembaga Kawalan Ubat (sebahagian daripada Badan Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) sebelum ia boleh dipasarkan, dimana ubatubat ini mesti mematuhi piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Agensi ini bertanggungjawab memastikan kawalan kualiti ubat-ubat dalam pasaran melalui ujian-ujian yang dijalankan secara rambang.

Kesetaraan-Bio

Apa itu 'Kesetaraan-Bio'?
Penyelidikan keatas ubat berjenama biasanya melibatkan beberapa ratusan atau ribuan pesakit. Keberkesanan dan keselamatan ubat ini telah pun dipastikan melalui penyelidikan ini dan penggunaannya sepanjang tempoh perlindungan paten. Adalah tidak praktikal dan juga tidak perlu untuk penyelidikan seperti ini dijalankan untuk setiap ubat generik yang hendak dipasarkan. Oleh itu, pembuat ubat generik harus membuktikan secara saintifik bahawa ubat mereka bertindak dengan cara yang sama seperti ubat berjenama yang asal. Sesuatu ubat generik itu dikatakan mempunyai ‘bio-equivalence’ (BE) atau kesetaraan-bio dengan ubat berjenama sekiranya ia mempunyai kadar penyerapan yang sama di dalam badan dengan ubat berjenama. Sekiranya ubat generik itu mempunyai BE yang sama dengan ubat asal, ia juga dianggap mempunyai kesan, potensi dan kesan sampingan yang sama.

Adakah ubat generik dibuat dengan kemudahan tidak semoden atau sebersih pembuat ubat berjenama?
Tidak. Kedua-dua pengilang perlu menyediakan kemudahan membuat ubat yang mematuhi
piawaian GMP (Good Manufacturing Practices)

Kenapakah ubat generik tidak menyerupai ubat berjenama yang asal walaupun mereka mempunyai ramuan aktif yang sama?
Undang-undang tanda jenama (trademark) tidak membenarkan ubat generik menyerupai ubat berjenama. Selain daripada itu, warna, rasa dan bahan-bahan lengai pun mungkin berbeza.

Adakah setiap ubat berjenama mempunyai ubat generiknya?
Tidak. Ubat-ubat yang baru tidak akan mempunyai versi generiknya kerana ia masih didalam perlindungan patennya. Anda boleh tanya doktor anda sekiranya ubat yang anda perlukan itu terdapat dalam bentuk generik. Ini boleh menjimatkan duit anda.

Contoh Pengilang Ubat Generik : Pharmaniaga Manufacturing Bhd.

Panadol (GSK) - Pharmaniaga Paracetamol Tablet
Augmentin (GSK) - Pharmaniaga Amoxycillin Tablet
Sporanox (Janssen-Cilag) - Pharmaniaga Itraconazole Capsule
Betaloc (Astra-Zeneca) - Pharmaniaga Metoprolol Tablet
Dan banyak lagi.....

bersambung....

Sumber : Pharmaniaga, Mesti Ambil Tahu.