luv ones

Monday, December 10, 2007




dah lama x post gambar dah x reti nak adjust. Ni recently, time wedding adik harun kita org buat sekali kenduri amirul berkhatam dan hafiz after that berkhatan.. alfi n amirul will berkhatan maybe next year.... standby...



Salam suma..lama x upgrade blog .. byk la aktvt yg lum sempat di blog kan..one of those ni gmbq alfi masa grad dia..
sebelum tu dia kena perform dulu..jadi mat bangla menari lagu banghra dance..

Tuesday, September 25, 2007

Asyik makan jerr, nah cuba sendiri


Hallo... dah lama tak post in nih..
Baru-baru ni ada sang piranha2 ada le buwat makan2..tak cukup satu umah jerr..
kali ni 4 umah sekali gus..berturut2. Dari hari rabu samapi la hari sabtu.. yang tak syok nye satu laa..acik piranha kita si anis/jap n geng termiss all da event kannn..

Anyway, kat umah mak andaq, which was da last menggeromon event.. ada la yang nak mintak resepi Spaghetti Carbonara... So, here it is..bagi yang suka menerai...



Spaghetti Carbonara




1 tin Cendawan Butang(Belah 4 dgn btg)


1 btg carrot (Hiris membulat)


1/4 bhg kobis bunga (potong kecil)


1 pack kacang pea(yg panjang tau)


10 biji bawang kecil (bwg besar-2 bj)-potong dadu


15 keping Smoked chicken slices


1 paket spaghetti( boleh gak fettucinni/macaronni)


Olive oil


Serbuk lada hitam


Garam


Parsley utk hiasan


Permesan cheese utk tabur




Bhn Sos Putih/sos keju/bechamel sauce:




1/4 cwn butter


1/4 cwn tepung


2 cwn susu segar


bay leaf (cari kat giant)


thyme(cari kat giant)


garam


lada sulah




Cara buat sos:


Cairkan mentega masukkan tepung, kacau2 jgn sampai berketul, masukkan susu segar yang dah dipanaskan dulu. Kacau2 lagi hingga pekat. Masukkan thyme, bay leaf, lada sulah, garam, kacau lagi. Dah pekat tutup api masukkan parmesan cheese. Biarkan dulu.




Cara buat keseluruhannya:


Smoked chicken slices, digoreng dgn minyak sedikit,tp jgn sampai garing sangat. Angkat dan potong memanjang selebar 1 - 2 cm. Masak spaghetti cam biasa, toskan. Panaskan olive oil, tumis bawang dadu hingga wangi,masukkan mushroom, carrot, kacang pea, kobis bunga. Masukan air sikit, kacau2,pastu masukkan chicken slices tadi, garam, lada hitam dan last sekali sos keju tu. Dah sekata masak, tutup api, masukkan spaghetti, ratakan. Tabur parsley dan keju ..dah bleh hidang......dan makan. Nyum..nyum..




Notes: chicken slices tu bleh ganti ngan seafood sotong ke, udang ke, kupang ke..





Friday, August 31, 2007

mak andaq nye convocation

time convo ni ujan la plak..
amacam dah tua baru nak dapat degree...
dah ada 3 anak..moga gen 2 piranha yg lain grad la at right age..hua..wawa

nasib pak andaq je yg buncit..kalau tak berlawan le tayang perut

Wednesday, August 22, 2007

Ubat Generik & Bio-equivelance

Assalamualaikum WBT....

OK Children and Pa & Ma of the children...kita sambung semula kuliah perubatan....

Ubat Generik

Apa itu "Ubat Generik"?
Ubat generik adalah ubat alternatif yang mirip kepada ubat berjenama asal (inovasi). Ianya serupa dengan ubat berjenama asal dari segi dos, kekuatan, keselamatan, cara pengambilan dan penggunaannya
Apakah Kebaikan Menggunakan Ubat Generik?
Kos. Ubat generik dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan ubat berjenama yang mengandungi kandungan yang sama.

Kenapa ubat generik lebih murah?
Pembuat ubat generik tidak perlu menampung kos yang tinggi untuk penyelidikan yang mendalam kerana pembuat ubat asal berjenama itu telah pun berbuat demikian. Oleh itu, harga ubat generik adalah lebih murah. Ubat berjenama biasanya dilindungi paten (patent protection) untuk jangkamasa 20 tahun. Dalam tempoh ini, hanya pembuat asal diberikan hak untuk menjual ubat itu. Selepas tamatnya perlindungan paten itu, pembuat ubat yang lain boleh memohon untuk menjual versi generik ubat yang sama. Pembuat ubat generik dapat menjual ubat yang sama pada harga yang jauh lebih rendah kerana mereka tidak perlu menampung kos penyelidikan ubat itu. Selain daripada itu, selepas pembuatan ubat generik dibenarkan, terdapat saingan yang lebih daripada pelbagai pembuat ubat generik yang sama. Ini memastikan bahawa harga ubat itu tetap rendah. Lebih daripada 50% daripada ubat-ubat yang digunakan di hospital-hospital kerajaan adalah ubat generik.

Adakah ubat generik selamat diambil?
Ya. Semua ubat generik mengandungi ramuan aktif yang sama dengan ubat yang berjenama. Ubat-ubat ini berfungsi dengan cara yang sama dalam badan kita serta memiliki risiko serta faedah yang sama. Semua ubat perlu didaftarkan dengan Lembaga Kawalan Ubat (sebahagian daripada Badan Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) sebelum ia boleh dipasarkan, dimana ubatubat ini mesti mematuhi piawaian kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Agensi ini bertanggungjawab memastikan kawalan kualiti ubat-ubat dalam pasaran melalui ujian-ujian yang dijalankan secara rambang.

Kesetaraan-Bio

Apa itu 'Kesetaraan-Bio'?
Penyelidikan keatas ubat berjenama biasanya melibatkan beberapa ratusan atau ribuan pesakit. Keberkesanan dan keselamatan ubat ini telah pun dipastikan melalui penyelidikan ini dan penggunaannya sepanjang tempoh perlindungan paten. Adalah tidak praktikal dan juga tidak perlu untuk penyelidikan seperti ini dijalankan untuk setiap ubat generik yang hendak dipasarkan. Oleh itu, pembuat ubat generik harus membuktikan secara saintifik bahawa ubat mereka bertindak dengan cara yang sama seperti ubat berjenama yang asal. Sesuatu ubat generik itu dikatakan mempunyai ‘bio-equivalence’ (BE) atau kesetaraan-bio dengan ubat berjenama sekiranya ia mempunyai kadar penyerapan yang sama di dalam badan dengan ubat berjenama. Sekiranya ubat generik itu mempunyai BE yang sama dengan ubat asal, ia juga dianggap mempunyai kesan, potensi dan kesan sampingan yang sama.

Adakah ubat generik dibuat dengan kemudahan tidak semoden atau sebersih pembuat ubat berjenama?
Tidak. Kedua-dua pengilang perlu menyediakan kemudahan membuat ubat yang mematuhi
piawaian GMP (Good Manufacturing Practices)

Kenapakah ubat generik tidak menyerupai ubat berjenama yang asal walaupun mereka mempunyai ramuan aktif yang sama?
Undang-undang tanda jenama (trademark) tidak membenarkan ubat generik menyerupai ubat berjenama. Selain daripada itu, warna, rasa dan bahan-bahan lengai pun mungkin berbeza.

Adakah setiap ubat berjenama mempunyai ubat generiknya?
Tidak. Ubat-ubat yang baru tidak akan mempunyai versi generiknya kerana ia masih didalam perlindungan patennya. Anda boleh tanya doktor anda sekiranya ubat yang anda perlukan itu terdapat dalam bentuk generik. Ini boleh menjimatkan duit anda.

Contoh Pengilang Ubat Generik : Pharmaniaga Manufacturing Bhd.

Panadol (GSK) - Pharmaniaga Paracetamol Tablet
Augmentin (GSK) - Pharmaniaga Amoxycillin Tablet
Sporanox (Janssen-Cilag) - Pharmaniaga Itraconazole Capsule
Betaloc (Astra-Zeneca) - Pharmaniaga Metoprolol Tablet
Dan banyak lagi.....

bersambung....

Sumber : Pharmaniaga, Mesti Ambil Tahu.

Thursday, August 9, 2007

Tazkirah Malam Jumaat

Ini dari Pok Da...............

Dari Tafsir Haqqi:

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.

4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Wednesday, August 8, 2007

Korea (Choson -- Negeri Setenang Pagi Hari)

Mak Order tengah boring ni.....Since Acik Anis nak pergi Korea ni... so Mak Order usahakan lah cari sikit info pasal negara ni.. Nanti Acik anis balik boleh masukkan gambar dan story mory yg lain utk tatapan umum.. (Camna nak masukkan gambar Mak Andak oi?)Sekarang ni tengah musim summer weather dalam 26-30 C so macam Malaysialah juga...
So .. kalau rajin bacalah ye..

Korea Selatan

Nama Asli : "Taehan Min'Guk"
Luas Wilayah : 98.400 km²
Jumlah Penduduk : 48.289.037
Ibukota : Seoul
Agama: Buddha, Chongogyoisme, Kristen
Bahasa Nasional: Korea
Mata Wang : Won
Lagu Kebangsaan : Aegukga


Penduduk
Penduduk Korea adalah suatu masyarakat yang berasal dari satu etnik yang sama. Menurut penelitian, penduduk Korea berasal dari etnik Tungusik yang merupakan keturunan dari orang Mongol yang bermigrasi ke Peninsula Korea dari Asia Tengah pada zaman dahulu.

Statistik Penduduk
Jumlah penduduk Korea Selatan adalah sekitar 48.289.037 orang (menurut statistik 2002) Di Korea Selatan setiap keluarga dihadkan untuk memiliki satu anak. (Keluarga Piranha susahlah nak duduk kat sini....) Jumlah anak yang berlebihan di Korea Selatan akan dikenakan cukai yang sangat tinggi.

Mata Pencarian Penduduk

Mata Pencarian “Primer” sepeti agrikultur, perkebunan, dan perikanan merupakan mata pencarian utama pada tahun 1960-an tetapi waktu ke waktu terus berkurang sehingga pada saat ini merupakan mata pencarian yang paling tidak popular.

Mata Pencarian “Sekunder” sepeti perkilangan pada awalnya kurang digemari penduduk tetapi pada tahun 1990 sektor ini meningkat. Akan tetapi, pada tahun-tahun berikutnya jumlah pekerja di sector ini menurun sedikit demi sedikit.

Mata Pencarian “Tertiary” seperti perkhidmatan pada awalnya cukup banyak pekerjanya. Sampai saat ini, sektor ini lah yang paling banyak dipenuhi oleh pekerja-pekerja Korea .

Hasil-Hasil Produksi Korea

Dari bidang agrikultur :Beras, Gandum, Kacang Kedelai , Kentang

Dari bidang peternakan: Lembu (untuk daging dan susu. Ayam ,Babi

Hasil Perlombongann, antara lain batubara, bijih besi, timah, zink, tungsten, emas, grafit, fosfat, perak, dan tembaga.

Hasil Industri Utama, antara lain besi dan baja, pengolahan makanan, tekstil, perikanan, mesin , traktor dan sarana pertanian lain, semen, mineral, kimia, mesin diesel, sepatu, kertas, gelas, dan kayu lapis.

Eksport Utama, antara lain baja, produk pertanian, mineral, kimia, pakaian, kayu lapis, barang elektronik, dan tekstil. Import Utama, antara lain bahan bakar.

Budaya Makanan (sgt penting utk Kita ni.....)

Dalam budaya Korea , ada satu makanan khas yang memiliki suatu arti yang tidak dimiliki oleh makanan lainnya. Makanan ini disebut kimchi. Di setiap sessi makanan, ketiadaan kimchi akan memberikan kesan tidak lengkap.

Kimchi adalah suatu makanan yang biasanya merupakan sayuran yang rendah kalori dengan kadar serat yang tinggi (misalnya bawang, kacang panjang, selada, dan lain-lain) yang dimasak sedemikian rupa dengan bumbu dan rempah-rempah sehingga menghasilkan rasa yang unik dan biasanya pedas. Dalam kenyataannya (menurut hasil penelitian kesehatan WHO), jenis-jenis kimchi memiliki total gizi yang jauh lebih tinggi dari buah manapun.

Hal yang membuat kimchi menjadi makanan yang istimewa ada banyak faktornya. Faktor pertama adalah pembuatannya. Kimchi (dalam hal ini adalah kimchi yang dihidangkan untuk acara-acara spesial, bukan kimchi untuk acara makan biasa dan sehari-hari) dibuat oleh wanita dari keluarga bersangkutan yang mengadakan acara tersebut dan hanya boleh dibuat pada hari di mana acara tersebut dilaksanakan. Semakin banyak wanita yang turut membantu dalam pembuatan kimchi ini, semakin “bermakna” pula kimchi tersebut. Kimchi juga merupakan faktor penentu kepintaran atau kehebatan seorang wanita dalam memasak. Konon katanya, jika seorang wanita mampu membuat kimchi yang enak, tidak diragukan lagi kemampuan wanita tersebut dalam memasak makanan lain. Faktor ketiga adalah asal mula kimchi. Kimchi pada awalnya dibuat oleh permaisuri dari Raja Sejong sebagai hidangan untuk perayaan Sesi

Kebiasaan / Tradisi

Ada sebuah tradisi / kebiasaan yang cukup terkenal di Korea. Tradisi ini dinamakan “sesi custom”. Tradisi sesi dilaksanakan sekali setiap tahun. Sesi adalah sebuah tradisi untuk mengrealisasikan sebuah lingkaran kehidupan tahunan sehingga seseorang dapat lebih maju di lingkaran kehidupan tahun berikutnya.

Tradisi sesi dilaksanakan berdasarkan kalender bulan (Lunar Calender). Matahari, menurut adat Korea , tidak menunjukkan suatu karakteristik musiman. Akan tetapi, Bulan menunjukkan suatu perbedaan melalui perubahan fasa bulan. Oleh kerana itu, lebih mudah membedakan adanya perubahan musim atau waktu melalui fasa bulan yang dilihat.

Dalam tradisi sesi, ada lima dewa yang disembah, iaitu irwolseongsin (dewa matahari bulan dan bintang), sancheonsin (dewa gunung dan sungai), yongwangsin (raja naga), seonangsin (dewa kekuasaan), dan gasin (dewa rumah). Kelima dewa ini disembah kerana dianggap dapat mengubah nasib dan keberuntungan seseorang.

Pada hari di mana sesi dilaksanakan, akan diadakan sebuah acara makan malam antar sesama keluarga yang pertalian darahnya dekat (orang tua dengan anaknya). Acara makan wajib diawali dengan kimchi dan lalu dilanjutkan dengan "complete food session".

Ada juga mitos lain dalam memperoleh keberuntungan menurut tradisi Korea, antara lain “nut cracking” yaitu memecahkan kulit kacang-kacangan yang keras pada malam purnama pertama tahun baru, “treading on the bridge” iaitu berjalan dengan sangat santai melewati jembatan di bawah bulan purnama pada malam purnama pertama tahun baru yang katanya dapat membuat kaki kita kuat sepanjang tahun, dan “hanging a lucky rice scoop” yaitu menggantungkan skop (sendok) pengambil nasi di sebuah jendela yang katanya akan memberi beras yang melimpah sepanjang tahun.

Kesenian
Kesenian tradisional di Korea, dalam hal ini muzik dan tarian, diperuntukkan khusus sebagai suatu bagian dalam penyembahan “ lima dewa”.

Ada beberapa alat musik tradisional yang digunakan, misalnya hyeonhakgeum (sejenis alat musik berwarna hitam yang bentuknya seperti pipa dengan tujuh buah senar) dan gayageum (alat musik mirip hyeonhakgum tetapi bentuk, struktur, corak, dan cara memainkannya berbeda dan memiliki dua belas buah senar).

Tarian tradisional yang cukup terkenal di Korea antara lain cheoyongmu (tarian topeng), hakchum (tarian perang), dan chunaengjeon (tarian musim semi). Tarian chunaengjeon ditarikan sebagai tanda terima kasih kepada dewa irwolseongsin dan dewa sancheonsin atas panen yang berhasil.

Bahasa

Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea . Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hangeul diciptakan oleh Raja Sejong pada abad ke 15. Hangeul terdiri dari 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang bisa dikombinasikan menjadi banyak sekali huruf-huruf dalam bahasa Korea . Hangeul sangat mudah dibaca dan dipelajari. Hangeul juga dianggap sebagai bahasa tulisan yang paling sistematik dan scientific di dunia.

Monday, August 6, 2007

tazkirah la sikit..walaupun lewat

FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

two moons... nak percaya ke tak?

Two moons on 27 August 2007

27th Aug the Whole World is waiting for........

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.

It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars
comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch the sky on
Aug. 27 12:30 am. ( 26/08/2007 Midnight)

It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287.
Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.

Saturday, August 4, 2007

Model Proton Yg Terbaru....

Model Wira Terbaru
Proton Satria Cabriolett.. npak cam biasaa jerr
Ini tuk orang muda jer.... Yang berat badan melebihi 80kgs mintak maap lerr.... Adaam..??
Okay jugak tuuu.....
Ini.. Pak Dakz punya kot...

kebun orang kebun 'kita'

pehh cantikkan.. cam buah anggur..rupanye rambai..hekeleh
ni..waris kebun.tgh tengok penyamun angkut hasil dari kebun...nak tau SAPA?
Ha.. ni la dia sang penyamun tuh..syyy..dia tak tau tuh.. tgh berdendang lagu Hoi..hoi ya hoi

Friday, August 3, 2007

Tazkirah Jumaat 3 Ogos 2007

Sebabkan Pak Order teramatlah sibuk... Mak order amik aleh jab......credit should be given to Mr. Lukhman S (yg buat lagu Kian tok Mawi tu... ) rajin dia hantar hari-hari ingatkan org semua...

Saiyidina Ali karramallahu-wajhah berkata:
Adapun bagi Allah s.w.t. di muka bumi ini bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik ­baik hati ialah yang bersih, tegas dan lunak. Kemudian beliau men­jelaskan pula: Maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lunak dalam pergaulan dengan kaum Muslimin. Yang dimaksudkan dengan keyakinan, ialah keteguhan dan penguasaan iman di hati, sehingga menimbulkan ketenangan, se­bagaimana yang dipohonkan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah Ta'ala sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kita oleh Al-Quran;

"Allah berkata kepada Nabi Ibrahim: Apakah engkau tidak percaya?Jawab Nabi Ibrahim: Bahkan, agar hatiku menjadi tenang."
(Al-Baqarah: 260)

Keyakinan itu puncak keimanan dan kesudahannya.
Dalam sebuah Hadis tersebut:
"Keyakinan itu adalah keseluruhan iman." Lantaran itu, tiada sesuatu yang diturunkan oleh Allah Ta’ala dan langit yang sifatnya lebih mulia dan lebih berharga daripada keyakinan. Memadailah jika keyakinan itu saja menjadi harta benda manusia.”

Sabda Rasralullah s.a.w.:
"Pohonkanlah keyakinan dan keselamatan dari Allah Ta'ala,
kerana seseorang itu tiada akan diberikan sesuatu kurnia yang lebih utama sesudah keyakinan daripada keselamatan”.

Monday, July 30, 2007

Bila ikan pegi kebun.......

d most sexiest fish of the day ........... syabas hapis ......cpt2le melepasi 50 marker eh
ikan tetap mencari airrrrrrrrrrrr.....
hasil tuaian.......dahla tak menanam....hmmmm
plucker of the day ....... mcm tok tan...... colonial lagi
makanan aje, satu boot kete .......... aktiviti utama fish ......... welcome to the club john & family
dua gadis pingitan dan satu, hmmmmmm ape ek ^$@$^&&*(0


Wednesday, July 25, 2007

Jom Makan Ubat...(bila sakit je...)

Assalamu'alaikum WBT.....to all piranhas. Untuk memeriahkan blog...hmm pak ucu ada ni, artikel dari Pharmaniaga : Mesti Ambil Tahu...to be shared....saje je la pun....nak kasi penuh blog ni....

Sebaik sahaja mendapat bekalan ubat, anda harus membaca maklumat yang tertulis pada labelnya. Ia seharusnya mengandungi:Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:
  • Nama anda
  • Nama ubat dan dosnya (biasanya dalam miligram atau mililiter)
    Arahan bagaimana hendak mengambil ubat. (untuk ditelan, dikunyah, disuntik atau diletakkan dibawah lidah sebelum atau selepas makan)
  • Amaran penting. (Contohnya: elakkan memandu, mengendali jentera, perlu dihabiskan, goncang sebelum guna)
  • Cara penyimpanan ubat. (sama ada perlu disimpan di tempat gelap atau tempat sejuk dan sebagainya. Contohnya: ubat insulin perlu disimpan dalam peti sejuk, ubat GTN (Glycerin Trinitrate) perlu disimpan dalam bekas gelap, dsb. )
Bagaimana cara yang betul mengambil ubat?
Maklumat ini biasanya terdapat pada label atau bekas ubat. Secara amnya:

Ambil ubat pil anda dengan air kosong sahaja.
Penyerapan sesetengah ubat ke dalam badan kita dipengaruhi oleh minuman tertentu Contohnya: penyerapan ubat yang mengandungi zat besi (multivitamin, ubat tambah darah, dll) akan terganggu apabila diambil bersama kopi atau teh.

Ambil ubat anda pada masa yang sama setiap hari atau dengan selang masa yang sama.
Sekiranya anda diarahkan mengambil ubat sekali sehari, ianya bermaksud setiap 24 jam (dan pada masa yang sama setiap hari). Dua kali sehari bermaksud setiap 12 jam, tiga kali sehari bermaksud setiap 8 jam dan empat kali sehari bermaksud setiap 6 jam. Cara pengambilan sebegini adalah penting terutamanya bagi ubat-ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan pil hormon. Ubat-ubat yang kita ambil akan diserap ke dalam badan kita secara perlahan-lahan. Pengambilan ubat dengan betul akan memastikan badan mendapat bekalan ubat yang berterusan dan konsisten seperti mana yang ia perlukan.

Habiskan ubat anda untuk tempoh yang ditetapkan.
Ini terutamanya untuk pengambilan ubat antibiotik. Antibiotik biasanya diberikan untuk tempoh 5 hingga 14 hari bergantung kepada jenis penyakit. Adakalanya tempoh yang lebih lama diperlukan (sekurangkurangnya 6 minggu untuk jangkitan kuman pada tulang; 6 hingga 18 bulan untuk penyakit tuberculosis (batuk kering). Mengambil antibiotik untuk tempoh yang ditetapkan akan memastikan bahawa semua kuman dapat dimusnahkan atau disingkirkan. Memberhentikan pengambilan ubat-ubat ini sebelum tempohnya akan menambahkan risiko kuman-kuman ini menjadi lebih kuat dan akan menjejaskan kesihatan anda. Sila bincang dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah untuk mematuhi tempoh penggunaan ubat yang ditetapkan.

Patuhi dos yang ditetapkan.
Dua kali ganda tidak semestinya bermaksud dua kali lebih baik. Sebenarnya, menambah dos ubat akan menambahkan kesan sampingannya. Ada juga ubat yang boleh membawa maut sekiranya dosnya ditambah terlalu banyak. Biasanya ubat-ubat ini mempunyai nisbah keberkesanan yang kecil.

Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya lupa mengambil ubat?
Senang sahaja. Ambilnya sebaik sahaja anda ingat. Walau bagaimanapun, sekiranya masa itu dekat dengan masa untuk dos yang berikutnya, ambil dos yang berikutnya sahaja dan bukan kedua-dua dos sekali. Tanya doktor atau pegawai farmasi anda sekiranya anda tidak pasti.

Kenapa sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan dan sesetengah ubat itu selepas makan?
"Makan ubat ini selepas makan atau dengan makanan." Ini mempunyai maksud yang sama. Sesetengah ubat itu perlu diambil sebelum makan manakala sesetengah ubat yang lain perlu diambil selepas makan. Ada ubat yang penyerapan dan keberkesanannya akan terganggu dengan kehadiran makanan dalam perut dan ada juga yang sebaliknya. Ubat yang mempunyai arahan untuk diambil sebelum makan haruslah diambil sekurangkurangnya setengah jam sebelum makan, bukan sejurus sebelum makan. Ubat yang perlu diambil dengan makanan, haruslah diambil sebaik sahaja anda mula makan.

Ada ubat yang perlu dikunyah, ada yang perlu ditelan dan ada pula yang perlu diletakkan dibawah lidah. Kenapa begitu?
Ini berkaitan dengan salut (coating material) ubat berkenaan dan cara penyerapannya dalam badan kita. Sesetengah ubat mempunyai bahan aktif yang akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Ubat ini disalut khas dan tidak boleh dikunyah. Baca arahan pada label ubat anda dengan teliti untuk mengetahui bagaimana untuk mengambilnya.

Adakah semua maklumat ini juga berkaitan dengan ubat suntikan, ubat sapu dan ubat semburan hidung?
Ya. Semua ubat mempunyai lembaran/risalah maklumat terperinci (package inserts) yang diletakkan di dalam bungkusan /kotak ubat tersebut. Baca maklumat ini dan tanya pegawai farmasi anda sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut.

bersambung.....

sumber : Mesti Ambil Tahu, Pharmaniaga Berhad.

Sunday, July 22, 2007

Another session of makan-makan











Huah........semalam Andaqs bawak set steamboat kat umah PL......then apalagi, bermulalah shopping peghabahnye kat giant and then finally......yummy sedap giler. Syabaslah andaqs. Four roots came with their shoots......PL, Pak Order, Andaqs and Ocu. All spent their snoozing night at Labu except PO who has got to attend another makan session at KKB to celebrate the durian and other buah2an with his in laws. Just look at the photo below....he he he makanlah lagi..


Friday, July 20, 2007

Idea Mak Uda Pirahna

Hai ahli ahli Piranha sekelian. Mak Uda hari hari masuk blog ni, tapi kadang-kadang update kadang-kadang tidak. Pernah dulu Mak uda dengar Pak Andak cakap yang blog ni akan macam ni je sampai hujung tahun. Dengan ini rasanyalah Mak Uda tak naklah apa yg Pak Andak cakap tu jadi kenyaataan, jadi Mak Uda nak bagi satu idea.Macam ni. Apa kata kita bagi semua ahli update blog ni ikut giliran. Contohnya setiap ahli Pirahna diberi satu tarikh di mana setiap bulan tu dia kenalah update blog ni. Topic dia pulak kita ikut interest ahli Piranha tulah. Dengan ini bukan saja kita meng'activate' kan blog ni, kita dapat bertukar-tukar informasi di samping kita meng'update' tahap IQ ahli keluarga Pirahna ni. Mak Uda nak cadangkanlanlah kita bermula dengan Pak Long Pirahna: Ahli Topik ---- ------
1. Pak Long Motivasi dan kekeluargaan
2. Mak Ngah Tip-tip pendidikan
3. Pak Uda Pengajaran dari Surau
4. Acik Anis Tip -tip komputer
5. Mak Andak Cerita- cerita misteri dan aneh
6. Mak Ucu Tatanegara dan kerajaan Malaysia
7. Mak Long Tip-Tip Masakan
8. Pak Ngah Perladangan
9. Mak Uda Pengalaman Luar Negara
10. Acik Jaafar Pertahanan diri
11.Pak Andak Automotif
12. Pak Ucu Kesihatan/ubatan
13. G2 Fatin Pengalaman Ting. Enam
14. G2 Mohd Aksi Lasak
15. G2 Yasmin Pengalaman Asrama
16. G2 Hairi Kartun dan Animasi
17. G2 Aizam Pertanian
18. G2 Nurul Novel terkini
19. G2 Zaki

sampai sini mak uda dah tak tau...... bawah ni semua belum cukup umur lagilah... tapi kalau ada material boleh lah insert tujuan utama nak galakkan semua orang boleh memberi idea dan berusaha menulis sesuatu, walau pun pendek dan singkat.
20. G2 Mubin

21. G2 Hazirah
22. G2 Iqbal
23. G2 Siti
24. G2 Hafizul
25. G2 Zaidi
26. G2 Kak Cik
27. G2 Amirul
28. G2 Azizi
29. G2 Syuhadah
30. G2 Adibah
31. G2 Najihah
32. G2 Alfi
33. G2 Danial
34. G2 Nasuha
35. G2 Adam
So, sila beri pendapat dan kalau semua 'buy' this then kita bolehlah setkan date date dia ye.....Topik tu semua , Mak uda suka-suka letak je, kalau nak tukar suka hatilah.. Ini cuma observation mak uda je ye... Oklah till then...tata titi tutu.....

Saturday, July 14, 2007

piranha terpele'ot

Ni la dia piranha yang mengalami nasib yg sama dgn piranha yg dah baik tu...cuma yg ni tak admitted jerrr...smoga cepat sembuh..iqbal

piranha sakit part 2...

akhirnya hari ni piranha yang sakit dapat jugak keluar hospital setelah meraung...menangis dan merayu kepada doktor kerana telalu bosan duduk di hospital selama 3 hari...dan ponteng sekolah seminggu...kini..selera makan juga sudah normal mengikut tahap piawaian piranha2...PIRANHA IS BACK...!!!

Thursday, July 12, 2007

ahli piranha sakit





ni syuhada..gen2 piranha...kecian pasal tak cukup makan dan minum ni jadik camni
sekarang ni ada kat DEMC shah alam
yang dua lagi pix tu..kena la mak2 piranha tambahkan makanan kat spital tu
almaklum takut no tak cukup makan... tapi piranha yang lain plak yg kenyang!!

Monday, July 2, 2007

the history of piranha

memang pada awal kelahirannya.. nobody knows. ianya lahir dengan tetiba jerr..tapi paling ketara bila tau?.. waktu-waktu hariraya.. b'coz masa tu la baru kitaorg tau bahawa tiadanya mak dan abah, anak dan cucu dia sebenarnya...jelmaan piranha...eeeii ngeri

kegemaran yang paling nyata tang piranha ni ialah berkumpul-kumpul...atas dasar nak together gether..tapi agenda yang paling utama ialah MAKAN-MAKAN


ni kebanyakkannya pix tang nak mentakedarah..